Pages

Monday, August 9, 2010

Postbox_44 : Internshhip!!




Selesai sudah minggu pertama latihan industri aku.. Huhu!!! Bermula 11 pagi hingga 9 malam dari Ahad hingga Jumaat dan off pada hari Sabtu. Aku rase lega... =)

Tapi minggu pertama aku ini agak ringan kerana pada Jumaat hingga Ahad aku tidak bekerja, tenaga kerja JOHO Concept Store pergi bercuti sebelum ibadah puasa menjelma, aku xdapat join, xde duit la bro. Hehehe...

Aku dah datang ke JOHO sebelum minggu latihan industri aku bermula, sudah diberi tugas untuk design pamplate Clack Hutch Gym. So, xde la masalah untuk aku menyiapkannya lebih awal apabila latihan industri aku bermula.. =)

Minggu pertama yang mudah untuk aku, bersama-sama aku Zai dari dari tempat belajar yang sama dengan aku, tapi dia dari Dip of Graphic Design, jadi aku agak malu dengan beliau apabila bicara mengenai design, aku kena tunjuk aku pon boleh beb..hehehe!

Setelah selesai tugasan pertama, aku diberi tanggungjawab untuk membuat motion graphic untuk JOHO. Aku memberi ilham untuk membuat video mengenai Frequently Ask Question mengenai JOHO untuk di mainkan di ruang istirehat Studio JOHO untuk tontonan umum, bangge seh =)

Then, tugasan seterusnya, aku membuat button badge untuk JOHO Concept Store. Mudah, hanya menggunakan aplikasi Illustrator. Dan juga sesi photography untuk menangkap gambar permainan matematik kanak2 untuk direnewkan design flyers untuk product tersebut. Aku difahamkan oleh Abg Zac (Big Bos) menjelang raya nanti, JOHO akan menganjurkan 1 event untuk gathering semua warga JOHO dan fans. Bakal memenatkan aku. Antara impian aku untuk terlibat dalam pengajuran event sebagai tulang belakang =)

Minggu seterusnya, aku difahamkan oleh Abg Zac bahawa Abg Rewan (Flux Visual) akan datang singgah ke JOHO Concept Store. Aku terasa seperti mimpi sebab beliau adalah idola aku, style2 design aku kebanyakannya dipengaruhi oleh beliau. Terima Kasih kepada Abg Zac.. =)

Waktu kerja yang tidak ketat membuat aku rase tenang beb, sampai xrase aku dah habis kan 1 hari suntuk kat studio. Jikalau tidak ada kerja, aku cuma menghabiskan masa untuk melayari internet, memnuhi ruang2 diskusi di page2 orang sahaja selain mencari sedikit rujukan untuk aku. Tapi lepak jugak ari2 aku pergi kerja naik bas, bangun xde la awal sangat, pukul 10 da terpacak depan Hospital Kulaijaya, masuk Studio pukul 11, buat kerja atau online, petang dah boleh balik, disebabkan aku rasa seperti enjoy berasa di studio, aku prefer untuk balik malam. Bukan apa, petang2 seronok beb layan sunset yang jahar dan memukau mata aku. =)

No comments:

Post a Comment