Hai bloggers!! Aku hari ini rase gatal nak buat entry pasal video. Hahaha~ Yes, aku ade pengalaman buat video, tapi xde equipment video. Apa salah nya aku share dengan korang pasal video. Kalau ade part yang salah, jangan salah kan aku, sebab ini based on pengalaman sendiri, perbualan dengan rakan-rakan dan sudut pemerhatian aku sendiri. So, ape punye suka la aku nak sampaikan ke tak.. kekekekeh~ Tapi aku belum rase ilmu di dada ni cukup untuk terangkan kat korang, tapi ini secara kasar je, bukan detail pon.
Ramai orang/manusia sekarang memiliki DSLR dengan function video, aku jealous sebab aku tak ade. tapi kan, aku hairan, kenapa mereka tak produce kan video yang best2 walaupun video tu setakat rakam sedara mara kawin or bersuka ria bersama rakan2. hahahak.. Alasan aku pernah dengar ialah "aku tak tahu edit laa.. nak shoot video tu macam mana?.." Apelah korang ni, pergi la tanya Mr. Google, bukan susah pon~ Hadoiyai~
Yang aku cerita ni, based on ape yang aku belajar dan ingat je, ade la gak 2 3 step aku tak ingat, ape2 pon aku langgar je.. Janji video aku siap~ hahahak~ Dan benda yang akan aku cerita ini bukan nya detail pon, ni secara kasar untuk bagi korang idea/gambaran macam mana nak shoot video. Ini bukan nye step bukan buat film ok. Ini step macam buat video secara indie la~ tapi dua2 ade la gak relate nya. Kepada otai2, betulkan jika aku salah =)
Pre-Production.
Pre-Production adalah persediaan untuk shoot sesebuah video/film, dari segi jalan/plot cerita, storyboard, screenplay, jadual shooting, production management, camera, directing photography, continuity dan shooting. Kebiasaan nya, perkara ini mengambil masa yang lama untuk di rancang untuk membuat persediaan terutamanya pada aksi dan camera works di dalam screenplay dan storyboard.
Firstly, korang mesti ada cerita yang nak di sampaikan, dah susun plot cerita tu cantik2, bawak kepada proses karekter dalam cerita korang tu, kalau boleh, tulis detail mengenai watak korang, macam hobi, pekerjaan, dan serba sedikit background watak korang, supaye pelakon korang boleh mengambarkan watak korang seperti yang tertulis, jangan korang tulis jalan cerita pasal pondan, tapi pelakon utama punya hobi main angkat berat, tak sesuailahh, kemudian, lokasi, ni roughly lokasi korang, depan lif ke, depan paking kereta ke, depan rumah korang ke, kat taman ke, asal korang ada idea untuk mengambarkan persekitaran yang hampir sama dalam cerita korang. Props pon penting juga pada awal perancangan untuk memudahkan korang cari untuk digunakan pelakon. Ingat, cerita, watak, props dan lokasi adalah perkara di atas kertas. Ini adelah guide korang untuk proceed ke step seterusnya. =)
Kedua, survey lokasi korang, kadang2, nak shoot kat taman, 10 taman korang kena pergi, bukan apa, takot tak sesuai je, cerita pasal cintan cintun, tapi pergi taman permainan atau taman buaya, nak mati ke ape, tak ade feel la macam tu, hahahak.. tengok dari segi pencahayaan, bentuk muka bumi, persekitaran dan lain2, bukan apa, benda ni penting la jugak untuk bawak ke next step, screenplay dan storyboard.
Ketiga, screenplay dan storyboard adelah kesinambungan daripada yang aku terangkan tadi, penting ni, screenplay adalah gaya lakonan yang perlu di tonjolkan berdasarkan cerita, storyboard pulak adalah camera works yang digunakan untuk merealisasikan lakonan pelakon tu untuk jadi lebih berjaya. Disini lah law or photography di gunakan, rules of third, composition, dan orang akan panggil director of photography untuk plan semua ini. Contoh nya, story korang menerangkan watak korang menangis sambil berlari ke mana2 lah. Screenplay korang plak plan nak pelakon menangis sambil berlari tapi tangan belah kanan dok kesat air mata, tangan kiri pegang tas tangan, lari2 anak, muka real giler babi nangis teresak-esak. Storyboard korang plak plan main 3 camera angle, depan watak, tepi watak, belakang watak, kalau aku la, aku akan gunakan close up untuk angle dari depan ntuk face expression, medium shot ntuk angle dari tepi menunjukan action die kesat air mate, tangan kiri bawak tas tangan dan wide shot dari belakang untuk menunjukan action watak korang berlari sepantas mana, ke arah mana. hehehe.. korang boleh imaging tak? susah gak aku nak terangkan benda ni. hahahak.. pasal camera shot korang boleh ke sini Media College. Camera movement pon ada, so, korang boleh rancang sebaik mungkin untuk camera works korang.
Keempat, rancang sebaiknya, berdasarkan jalan cerita/ lokasi, screenplay dan storyboard, korang plan la baik2 waktu korang nak shoot, hari apa, pukul berapa, pelakon korang free x masa tu, cuaca macam mana, kadang2 cuaca pon menganggu kerja shooting wo, nak dapat lighting macam korang plan, tapi cuaca mendung sikit lagi nak hujan, mmg spoil la gelap macam tu. So, plan well. pasal tu, lagi satu, tenaga kerja, mampos kalau korang buat sorang2, sape nak jage script, sape nk settingkan lighting, pegang reflektor, kalau guna lebih dari 1 kamera, sape lagi nk pegang kamera tu, sape nak jage storyboard, sape nak direct. huh!! Boleh gila di buat nya, hahahak~ ini pon kena rancang seelok-elok nya. Kelengkapan jangan lupa, kamera apa korang nak pakai, tripod ade ke tak, mic ade ke tak, lampu berapa watt korang nak pakai, reflektor ade ke tak, ni suma agak penting la juga, sebab benda ni akan bersangkut paut dengan storyboard and screenplay korang.
Kelima, haa~ part ni best la jugak, Art direction, perkara yang menjaga concept cerita korang dan juga looks kepada video/film korang, costume pelakon korang, props yang korang gunakan untuk lakonan korang. Yes, tak kan korang nak buat video pasal aksi tembak2 tapi pelakon pakai baju melayu, ada terselit keris kat pinggang, lari concept tu. Mungkin step ni boleh masuk kat step keempat la jugak. tapi aku saje nak asingkan untuk korang nampak lebih clear lagi se-clear kanta pembesar atau microskop kat sekolah tuh.
Keenam, pengambaran atau shooting, perkara yang paling penat, scene 1 minit tapi setup berminit-minit, kadang berjam-jam.. hahahak.. Light set up, camera position, camera setting, composition untuk continuity, ape semua la yang korang kena titik berat kan dari tadi. Pendek kata, lima perkara sebelum ni korang setelkan, perkara keenam ni tak ada masalah, tinggal roll on je camera korang.. huhu.. dah habis shooting, pergi la ke proses post-production.
Aku sebenar nya tak suke pre-production, leceh ma, tapi, bende ni korang semua perlu dititik beratkan sebab perkara ini adalah kesinambungan video korang ke arah Post-Production, rancang lah sebaik nya kerana ianya akan mengakibatkan video/film korang lari continuity. Jangan korang marah biler dah masuk part Post-Production, ade scene tertinggal, continuity tak ada, sound lari, camera angle macam tak sesuai, ape sume bagai la yang boleh mencacatkan video korang, aku pernah mengalami nya, aku pesan kat korang ni. Tapi, untuk shoot video moment macam video perkahwinan tak payah ni semua sangat, asalkan korang shoot setiap perkara step by step pon dah cukup, contoh macam plot costume album tu, dari make up, pengantin sampai, pengantin karoke ke, pengantin makan, gurau senda dengan family dan rakan2 ke, cukup ade nampak plot cerita dalam video tu. Hehehe. Penting kan plot/ jalan cerita dalam video tu, itu yang buat penonton tertarik, cuba la buat wow effect dalam cerita tu, dari segi story or action. =)
Post-Production.
Post production adalah part kegemaran aku, tapi aku nak simpan for next post. dah panjang sangat post kali ini aku terangkan.
info ++
* Sekali lagi aku ingatkan, step ni semua based on aku buat, kalau ikutkan ade lagi step2 lain, tapi aku rase macam tak penting sangat la.. hehehe...
* Aku cuba ringkas kan seringkas yang boleh, kalau ada yang tak faham, tanya je aku, tak pun Mr. Google.
* Aku nak pesan, try la tengok behind the scene or the making of movie untuk gambaran jelas macam mana production film plan untuk buat film. Contoh cam Star Wars III, lecturer aku ada tunjuk dvd cerita tu, Harga around rm40-50 ada movie dan behind the scene secara detail. try la cari cerita lain gak. best wo, dari proses pre-product ke proses post-product ke proses marketing. Plan well giler..
* Jangan lupa rajin2 google dan tengok video2 kat youtube dan vimeo. Kat situ ramai videographer terbaik, tapi, better korang cari local videographer/director. Ramai yang berbakat. =D
Aku blah dulu~~
No comments:
Post a Comment